Cabaran-cabaran Dalam Membentuk Masyarakat Malaysia Tentang Materialisme
NAMA KURSUS : MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
NAMA PENSYARAH : SIR KAMALUDIN BIN DENI
NAMA AHLI-AHLI :
EMILY AU JIA YU (20DPM20F1023)
ERNEST SHERONIESHA ANAK KANYAN (20DPM20F1011)
KONG HUI PANG (20DPM20F1002)
SHERLY ERINA BINTI JURIA (20DPM20F1033)
TAJUK E-FOLIO :
CABARAN-CABARAN DALAM MEMBENTIK MASYARAKAT MALAYSIA TENTANG MATERIALISME
JABATAN :
JABATAN PERDAGANGAN
PROGRAM / SEKSYEN :
DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN
PENGENALAN
Apakah itu materialisme? Materialisme merupakan satu sifat yang tergolong dalam kehidupan masyarakat masa kini yang mengutamakan keinginan untuk mengejar hal kebendaan. Sedar atau tidak, sebenarnya materialisme ini semakin terserap ke dalam sanubari masyarakat dunia yang sedang terkejar-kejar untuk mencari kesenangan dunia dengan kebendaan yang ada di sekeliling mereka. Maka, terwujudlah '' budaya materialisme'' di mana ia semakin mendominasi global. Lebih membimbangkan lagi apabila budaya ini telah membawa impak negatif yang terlalu dasyat kepada persekitaran. Memanglah kita sebagai individu ingin jalani hidup dengan selesa bukan? Tambahan pula, pada zaman serba moden ini terlalu banyak cabaran dari segi ekonomi dan lain-lain yang membuatkan ramai orang bekerja keras untuk hidup dengan selesa. Akan tetapi secara tidak langsung apabila terlalu mempamerkan kemewahan hidup kepada orang luar dapat memberi satu sikap yang negaitif. Reunung-renungkan apa yang berlaku pada dunia hari ini, semuanya berkait rapat dengan budaya materialisme yang semakin kerap diamalkan oleh masyarakat kita sekarang.
DEFINISI
Menurut Kamus Oxford Advanced Learner's, materialisme bererti teori-teori atau kepercayaan bahawa material sahaja yang wujud.
Menurut Encyllopedia Britanica, materialisme dari sudut falsafah bererti pandangan bahawa semua fakta atau hakikat yang berkaitan dengan pemikiran manusia, kecenderungan dan sebab akibat sejarah manusia adalah semuanya bergantung kepada proses fizikal atau benda.
PUNCA TERJADINYA BUDAYA MATERIALISME
Hal ini kerana masyarakat kini menjadi terlalu obses dengan kebendaan atau materialistik. Kita boleh lihat sendiri dari segi penilaian kita terhadap seseorang yang biasanya dibuat melalui kemewahan seseorang itu seperti jenis kereta apa yang dipakainya, rumah bagaimana yang didiaminya serta di mana, selain jenama pakaian apa yang dipakainya. Bak kata orang, 'yang kaya disanung dan yang miskin dihina'.
Ramai anak muda sekarang yang menjalani gaya hidup mewah seperti berbelanja di tempat-tempat eksklusif dengan mempamerkan kad kredit di sana sini. Kemudian, post di laman media sosial untuk mendapatkan pujian dan like yang banyak. Secara tidak langsung, ramai yang mula bersikap sombong dengan mempamerkan kemewahan mereka kepada orang ramai.
PUNCA TERJADINYA MATERIALISME DALAM DIRI, KELUARGA DAN RAKAN
(a) Diri
(b) Keluarga
(c) Rakan
Antara punca terjadinya materialisme dalam rakan adalah seperti bak kata orang ' ada duit ada kawan, tiada duit tiada kawan'. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat segelintir rakan kita ada yang betul-betul ikhlas berkawan dan ada juga yang masa kita senang dia ada manakala masa kita susah dia tiada. Walaupun kawan-kawan kita ini merupakan manusia yang biasa, tetapi kita jangan lupa bahawa rambut sama hitam tetapi hati lain-lain. Punca material di sini adalah kawan-kawan yang mengejar hal kebendaan iaitu duit.
IMPAK NEGATIF TERHADAP MASYARAKAT
Oleh disebabkan dunia makin maju atau dikenali dunia teknologi yang semakin berkembang maju, maka laman media sosial seperti Instagram, Facebook, Whatsapp dan laman media sosial yang lain misalnya dijadikan sebagai satu platform untuk berkongsi aktiviti dengan rakan-rakan mahupun orang luar. Jadi, ramai yang gemar menunjuk-nunjuk kemewahan hidup mereka di situ, Akibatnya semua akan berlumba-lumba untuk kaya. Kita boleh lihat bagaimana setiap kali musim perayaan disambut setiap tahun, di mana sanak saudara berkumpul di kampung merupakan masa yang sangat sesuai untuk mereka saling menunjuk dan mempamerkan kebendaan seperti kereta baharu, telefon baharu dan barang-barang kemas. Walau bagaimanapun, kita tidak mengetahui apa yang mereka lalui untuk mendapat wang tersebut. Semua kemewahan mereka memang dapat dilihat dari luar tetapi kenyataan ramai di antara mereka yang hidup dalam berhutang di sana sini semata-mata hanya ingin memuaskan nafsu kehendak mereka sahaja. Terdapat masyarakat yang membeli kereta yang berjenama tinggi hanya diguna untuk menunjuk-nunjuk dengan rakan-rakan mereka supaya berasa bangga bila dipuji membeli kereta yang mahal pada usia muda walaupun baru mula bekerja. Terdapat masyarakat yang mudah ditipu disebabkan ingin cepat menjadi kaya. Sebagai contoh, mereka sanggup melabur beribu-ribu ringgit dalam perniagaan yang tidak wujud. Kes menipu sering berlaku dalam kehidupan masyakarat disebabkan mereka tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang mencukupi dan mudah mempercayai orang lain. Di samping itu, memandangkan kebendaan kini sudah menjadi kayu ukur kejayaan, maka ketawaan dan ketaatan kepada Allah seolah-olah dipandang sepi. Hal ini menyebabkan mereka yang terdiri daripada golongan kaya menjadi angkuh, takbur dan sombong kerana mereka dipandang tinggi oleh masyarakat kini. Malangnya, masyarakat kini lebih mengharapkan penghargaan daripada manusia, bukannya keredhaan Allah. Mereka asyik memikirkan apa yang orang kata, bukan apa yang Allah kata. Pemikiran 'biar papa asal bergaya' sudah menjadi obses untuk hidup berbelanja lebih dari kemampuan sendiri. Hal ini akhirnya akan memakan diri sendiri.
CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI
Cabaran yang dihadapi ialah terdapat kebanyakan masyarakat yang masih terikut-ikut dengan budaya barat. Dunia orang barat pada zaman moden ini sangat mendalam sehingga menjadikan masyarakat hampir menghilangkan ciri-ciri jati diri seseorang itu seperti yang diajar agama masing-masing. Pada zaman sekarang, terdapat semua masyarakat yang laman media sosial seperti Instagram, Facebook dan lain-lain. Dalam media sosial, ramai yang gemar menunjuk-nunjuk kemewahan masing-masing di laman media. Jadi, orang yang melihat itu pun mahu mengikut walapun mereka mengetahui mereka tidak berkemampuan dan mereka sanggup meminjam wang daripada orang lain untuk membeli barang tersebut. Remaja zaman kini mudah terikut dengan budaya luar. Mereka mudah terpengaruh dengan budaya makanan, pakaian dan hiburan ala-ala budaya luar dalam kehidupan mereka. Bukan itu sahaja, mereka juga mudah terpengaruh dengan hiburan yang berteraskan kemeriahan melalui muzik, filem, nyanyian dan kartun.
Selain itu, cabaran materialisme ini berlaku disebabkan pengaruh ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Hal ini dikatakan ibu bapa terlalu menyayangi dan memanjakan anak mereka dengan sentiasa membelikan barangan mewah dan berjenama. Apabila anak-anak mereka semakin meningkat dewasa, mereka akan menjadi terbiasa dengan keadaan ini kerana sifat materialisme telah ternanam dalam diri mereka sejak kecil lagi.
Di samping itu, perkembangan teknologi maju yang sejajar dengan peredaran zaman moden ini merupakan salah satu cabaran materialisme dalam kalangan masyarakat majmuk. Hal ini dikatakan demikian kerana, teknologi yang pesat telah mempengaruhi masyarakat untuk memiliki peralatan canggih seperti telefon pintar, laptop, jam tangan pintar dan sebagainya. Mereka ini dikatakan ingin mengikut 'trend' masa kini seperti membeli telefon pintar pada setiap tahun dengan model telefon yang terbaharu. Tambahan pula, kebanyakan masyarakat kini hanya mementingkan diri sendiri dan tidak mengendahkan hal orang lain. Mereka lebih memilih untuk membelanjakan wang kepada barang yang tidak berfaedah dengan kos yang tinggi sehinggakan mereka lupa akan tanggungjawab mereka sesama masyarakat lain khususnya bagi mereka yang beragama Islam. Sebagai contoh, mereka tidak membantu atau memberikan pertolongan dari segi kewangan kepada golongan yang lebih memerlukan terutamanya golongan fakir dan miskin.
CARA MENGATASI
1) Amalan menabung
Kita perlulah mengamalkan amalan menabung pada setiap hari. Hal ini dikatakan demikian kerana, degan cara menabung kita dapat menyimpan duit kita untuk persediaan waktu kecemasan supaya dapat digunakan pada suatu hari nanti. Dengan cara menabung juga kita tidak perlu meminjam wang daripada orang lain sebab kita tidak tahu waktu bila kita memerlukan duit tersebut. Dapat kita melihat tahun ini ramai orang menghadapi masalah pengangguran disebabkan wabak covid 19 ini , jika kita ada menabung dapat juga duit itu untuk kita guna sementara mencari pekerjaan baru.
2) Menghindari sifat tamak dan rakus
Kita hendaklah menyedari bahawa tidak semua benda atau sesuatu itu tidak selalu menjadi hal yang baru selama-lamanya. Kita sepatutnya harus membuang sifat tamak dan rakus. Kita juga patut berasa tidak terlalu materialisme, hal ini kerana tidak ada benda yang kekal selamanya di muka bumi ini. Semua harta benda hanya bersifat sementara.
3) Menjalin sosialisasi dengan lingkungan masyarakat sederhana
Kita mestilah tinggalkan lingkungan yang membuat kita menjadi semakin materialisme dan mengetahui bahawa itu merupakan sifat yang sangat buruk dalam diri kita. Terlalu sibuk memikirkan cara mendapatkan barang-barang yang tidak perlu dan barang yang hendak dibeli kerana ramai yang membeli barang tersebut akan membuat diri kita ini tidak memikirkan hal pada masa depan dan mereka seharusnya perlu berfikir bahawa barang yang harus dibeli oleh mereka adalah barang keperluan dalam kehidupan mereka. Kita tidak perlu membeli barang yang disebabkan orang lain juga membeli barang tersebut. Kita hanya membeli barang yang kita seharusnya memerlukan dalam kehidupan seharian.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, masyarakat Malaysia pada zaman ini menjadi semakin alpha dengan kebendaan dan kemewahan. Hal ini boleh menyebabkan kebanyakan masyarakat menghadapi berhutang dan masalah menjalani kos sara hidup. Oleh itu, masyarakat harus sentiasa sedar diri sebelum melakukan perbelanjaan dan sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa semula ajaran-ajaran agama yang berkata sentiasa bersikap sederhana. Bersederhana itu lebih baik kan? Ini sekadar peringatan kita bersama. Ya, tidak berguna pun untuk hidup bermegah-megah dengan kemewahan jika hidup kita tidak direstui oleh tuhan. Buanglah sifat riak, hasad dengki semua itu supaya hidup lebih tenang.
Comments
Post a Comment